KONSEP SISTEM NILAI

                  Perspektif etika agama, psikologi agama, antropologi agama, sosiologi agama, dan budaya beragama .  Sistem Nilai: set nilai kepercayaan/ etika/ pertimbangan kemanusiaan dalam kehidupan meliputi pandangan, keputusan, tindakan, tingkah laku, sikap dan sebagainya dalam menilai baik dan buruk dalam aspek-aspek kehidupan termasuk pemakanan, pendidikan, jual-beli, kekeluargaan, kepenggunaaan, dan sebagainya .  Sistem nilai adalah jelas, konsisten, spontan, dan stabil, namun ia boleh berubah . 

            Nilai tersebut sama ada bersifat peribadi kumpulan, masyarakat , negara atau wilayah. Budaya yang terbentuk dari sistem nilai yang menjadi tren/ kelaziman/ kebiasaan/ tabiat akan menjadi suatu norma yang merupakan suatu piawai tingkah laku yang diterima oleh suatu komuniti yang mengamalkan sistem nilai tersebut dan menjadi kayu ukur terhadap ideologi dan etika.Apabila ia merupakan suatu set yang sistematik maka ia menjadi kod moral . Sistem nilai disandarkan kepada manusia. Namun, ia dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk budaya, adat, ekonomi, politik, kewilayahan, bangsa, negara, agama dan sebagainya . 

    Faktor-faktor tersebut menjadikan manusia mempunyai sistem nilai berbeza-beza antara inddvidu dan antara masyarakat . Sistem Nilai Agama: sistem nilai yang  dipengaruhi atau berasaskan agama . Sistem nilai berasaskan agama merupakan suatu kod moral yang dipegang oleh penganut agama . Nilai Moral yang berlaku kadangkala berbeza dengan Nilai Agama yang termaktub .

            Agama yang berbeza membentuk suatu sistem nilai yang berbeza, namun mempunyai nilai-nilai sepunya dan sejagat yang sama yang boleh difahami berasaskan common sense dan makrifah . 

        Sistem nilai berasaskan nilai-nilai dikongsi  bersama menjadi material utama dakwah yang paling berkesan.  Di sebalik nilai-nilai utama yang sama, wujud nilai-nilai yang berbeza yang merupakan perincian kepada nilai-nilai utama tersebut yang boleh membawa kepada konflik. Hal ini tidak hanya pada sistem nilai agama, bahkan kepada asas- asas lain juga . 


No comments:

Post a Comment

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

     NILAI MASYARAKAT MALAYSIA Setelah hampir 63 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-ca...