NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

   NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

Setelah hampir 63 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.
              Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat.Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat.Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya.Biar apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.

              Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

                   Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil cubamempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi.Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

                   Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’.

                  Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

               Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua seperti bekerjasama, saling mengambil berat dan lain-lain lagi telah dilupakan oleh generasi zaman kini.Ramai jiran yang tidak mengenali sesama mereka jauh sekali untuk mengambil berat tentang aktiviti anak-anak jiran. Masyarakat masa kini mengamalkan sifat individualistik iaitu mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan hal orang lain. Mereka juga sibuk mengejar kekayaan dan kesenangan selaras dengan nilai pegangan mereka iaitu materialistik.Kecanggihan sistem komunikasi seperti telefon telah merenggangkan lagi hubungan sesama mereka. Kekayaan yang dimiliki membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi tanpa memerlukan bantuan jiran-jiran.

NILAI AGAMA DAN MASYARAKAT

 

AGAMA DAN KEPERCAYAAN

 

·         Islam

·         Kristian

·         Buddha

·         Hindu

·         Sikhisme

·         Taoisme

·         Confiusme

·         Animisme

 


NILAI  MASYARAKAT MALAYSIA

 

Nilai-nilai tradisional yang masih diamalkan

 

Perubahan dalam nilai masyarakat Malaysia

        

Pada asasnya moral agama adalah moral atau etika yang berdasarkan kepada kewujudan Tuhan dan keimanan kepadanya dan kehidupan Akhirat (selepas mati).

 

ADA TIGA BENTUK UTAMA:

Moral Politeistik - Kepercayaan kepada banyak tuhan

Moral Zahud- Mengetepikan dunia dan mengutamakan akhirat

Moral Monoteistik - Kepercayaan kepada tuhan yang satu

 

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India.Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing.Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

 

NILAI AGAMA DAN KEPERCAYAAN

Malaysia sebuah negara demokrasi dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai keturunan , budaya, bahasa dan agama . Walaupun agama Islam merupakan agama rasmi,tetapi agama-agama lain bebas diamalkan secara aman . Misalnya, agama Buddha, Hindu ,Kristian, Sikh ,ajaran  Confucius dan Taoist. Setiap agama berbeza dari segi ajaran ,penekanan dan amalannya. Namun,semuanya mempunyai nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai-nilai  moral yang mulia seperti sabar, murah hati, sopan santun ,hormat kepada orang tua dan sebagainya . Nilai-nilai ini perlu dihayatin oleh setiap individu untuk kecemarlangan diri dan interaksinya dendan orang lain.

Agama merupakan pegangan hidup manusia.  Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

 

Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman.  Malaysia kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

 

Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

 

NILAI MURNI DARI PERSPEKTIF AGAMA  ISLAM & HINDU

 

ISLAM

Bahasa: Islam berasal daripada perkataan Arab yang bererti berserah, tunduk, dan patuh kepada Allah S.W.T  Tuhan semesta alam dan dilakukan secara rela, bukan terpaksa atau dipaksa.

Istilah: mentauhidkan (mengesakan) Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

 

·        Ajaran Islam mengandungi 3 komponen besar iaitu

·        Aqidah - iaitu keimanan dan kepercayaan terhadap Allah s.w.t., Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan-Nya.

·        Syariat atau ibadah - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan amalan praktikal yang diperintahkan oleh Allah meliputi soal ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat. 

·        Akhlak - ajaran-ajaran yang berkaitan dengan prinsip-prinsip tingkah laku manusia yang dituntut oleh agama.

RUKUN ISLAM:

1.         Mengucap dua kalimah syahadah

2.         Sembahyang lima waktu

3.         Puasa di bulan Ramadhan

4.         Membayar zakat

5.         Menunaikan haji bagi yang mampu

 

RUKUN IMAN:

1.         Beriman kepada Allah s.w.t

2.         Beriman kepada Malaikat

3.         Beriman kepada Kitab

4.         Beriman kepada Rasul

5.         Beriman kepada Hari Kiamat

6.         Beriman kepada Qada’ dan Qadar

 

HINDUISME

1. Dharma, yang bermaksud tanggungjawab.

2. Ahimsa, yang bermaksud kasih sayang

3. Dhruthi, yang bermaksud keberanian dan ketetapan.

4. Kahamaa, yang bermaksud bertimbang rasa atau baik hati.

5. Damo ialah mengawal fikiran.

6. Stheyam, ialah tidak tamak.

7. Showcha, yang bermaksud kebersihan.

8. Mindriya Nigharam, ialah mengawal perasaan.

9. Dheer, atau membentuk fikiran yang tetap adalah saling berkait dengan nilai     mengawal  perasaan.


SISTEM NILAI BERBEZA

   AKIDAH: pengantara antara manusia dengan Tuhan

   IBADAH : Menyembah pengantara

   AKHLAK: sistem nilai yang berubah

DUA BENTUK NILAI

    Nilai digunakan, dilakukan, diamalkan . 

   Alat, karakter . 

   Perlakuan, sikap, tindakan, amalan, pemupukan, realisasi, usaha .     

     ekstrinsik/luaran . 

   Maqamat: meningkat dari rendah kepada yang lebih tinggi/baik . 

  Nilai dituju, dicari, dicapai

  Wawasan, aspirasi, visi, tujuan

  pencapaian, kedudukan, prestasi

  Intrinsik/dalaman

  Ahwal: warid, kurniaan, limpahan



SISTEM NILAI AGAMA- AGAMA

 ISLAM

    Ditentukan oleh Wahyu (al-Qur’an dan al- Sunnah), sementara Akal berperanan sebagai alat untuk memahaminya dan bertindak sesuai dengannya .

   sistem nilai tersebut disebut Shariah yang meliputi akidah, ibadah dan akhlak .

   supaya mencapai rahmat dan keredaan Allah dan keselamatan di Akhirat, dosa dan pahala . 


HINDU

   merasai kewujudan Tuhan dalam segenap aspek melalui penjelmaanNya

   beramal baik dan mengekang nafsu

   supaya mencapai cahaya dan dilahirkan semula dengan keadaan yang lebih baik


KONSEP SISTEM NILAI

                  Perspektif etika agama, psikologi agama, antropologi agama, sosiologi agama, dan budaya beragama .  Sistem Nilai: set nilai kepercayaan/ etika/ pertimbangan kemanusiaan dalam kehidupan meliputi pandangan, keputusan, tindakan, tingkah laku, sikap dan sebagainya dalam menilai baik dan buruk dalam aspek-aspek kehidupan termasuk pemakanan, pendidikan, jual-beli, kekeluargaan, kepenggunaaan, dan sebagainya .  Sistem nilai adalah jelas, konsisten, spontan, dan stabil, namun ia boleh berubah . 

            Nilai tersebut sama ada bersifat peribadi kumpulan, masyarakat , negara atau wilayah. Budaya yang terbentuk dari sistem nilai yang menjadi tren/ kelaziman/ kebiasaan/ tabiat akan menjadi suatu norma yang merupakan suatu piawai tingkah laku yang diterima oleh suatu komuniti yang mengamalkan sistem nilai tersebut dan menjadi kayu ukur terhadap ideologi dan etika.Apabila ia merupakan suatu set yang sistematik maka ia menjadi kod moral . Sistem nilai disandarkan kepada manusia. Namun, ia dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk budaya, adat, ekonomi, politik, kewilayahan, bangsa, negara, agama dan sebagainya . 

    Faktor-faktor tersebut menjadikan manusia mempunyai sistem nilai berbeza-beza antara inddvidu dan antara masyarakat . Sistem Nilai Agama: sistem nilai yang  dipengaruhi atau berasaskan agama . Sistem nilai berasaskan agama merupakan suatu kod moral yang dipegang oleh penganut agama . Nilai Moral yang berlaku kadangkala berbeza dengan Nilai Agama yang termaktub .

            Agama yang berbeza membentuk suatu sistem nilai yang berbeza, namun mempunyai nilai-nilai sepunya dan sejagat yang sama yang boleh difahami berasaskan common sense dan makrifah . 

        Sistem nilai berasaskan nilai-nilai dikongsi  bersama menjadi material utama dakwah yang paling berkesan.  Di sebalik nilai-nilai utama yang sama, wujud nilai-nilai yang berbeza yang merupakan perincian kepada nilai-nilai utama tersebut yang boleh membawa kepada konflik. Hal ini tidak hanya pada sistem nilai agama, bahkan kepada asas- asas lain juga . 


NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

     NILAI MASYARAKAT MALAYSIA Setelah hampir 63 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-ca...